nuff c

Monday, December 14, 2009

Any Rumours, news ...

Kawan2, kalo ada berita baik ttg kawan2 batch kita, kongsi2 r kat sini.
sapa2 yang nak kawin ker, sapa2 yang tunang ka, sapa2 yang beli kereta ker...
berita baik, elok2 lah hebahkan.hehe...

Tuesday, October 27, 2009

Dimanakah anda diposting???

saya mengucapkan tahniah kepada rakan2 yang telah posting
harap dapat komen dan berikan nama sekolah tempat anda posting
selamat mengajar....

Tuesday, October 13, 2009

Idea


wahai sahabat2 ku
apalah kiranya sahabat sekalian meminjamkan buah fikiran sahabat
yang ada mungkin banyak bersawang setelah sekian lama tidak berfikir
apalah kiranya jika sahabat memberi input atau idea untuk keindahan blog spn ini
idea yang baik punya tau...
terima kasih dihulur ...

Thursday, October 8, 2009

Jemputan Majlis Pertunangan Ema & Erwin

gambar hiasan shj..hehe

Yasmah (ema) kwn kita telah menjemput kita semua (bdk2 spn) utk pgi ke majlis pertunangannya. Jika ada kesempatan bolehla hadir...

tarikh: 10.10.2009 (Sabtu)
masa : lepas zuhur
tempat : di rumah beliau di segamat..(alamat? tgk di kad jemputan spnNite..haha)

jika ada pertanyaan sila hubungi ema sendiri di talian : 0177000992

p/s : kami warga kerja blog spn mengucapkan TAHNIAH wat ema dan tunangnyer ( erwin). Semoga bahagia selalu..

Wednesday, October 7, 2009

SPN - Posting

latest on posting


dapat surat

sally - sarawak
zaidah - sarawak


internet

nadiah - kedah
fatihah - KL
ema- KL
yat - perak
dillah - johor
zakwan - perak
shkn rahman - pahang
yana - johor
tang - johor
pei ling - johor
ashima - perak




any correction or addition, bgtau ek...bley update kat blog

Monday, October 5, 2009

tiada lagi saat itu..

salam kawan2..teman2...SELAMAT HARI RAYA~

haih..title nak melankolik...ni blog SPN amira..bukan blog persendirian kamu...wekk~
erm.. da lama aku x mengepos entri kat sini... cbuk kemas blog sniri..
tp.. kat sini xpe kn.... ramai kan tukang kemasnye...kita ada si syawal yang rajin (ayat yang indah dengan harapan ko yang akan terus mngemas blog ni dan tak membiarkannya bersawang ..wawawa..aku cuma dtg wat lawatan xrasmi dan mengkomen apa yg patot....).. hoho... suda sangat amat lama di rumah. merindui saat-saat pahit manis di utm eleh..ade kelas ponteng..ade ati nk rindu..hee~

koranggggggggg......... kite da hampir di pertengahan Syawal kan? sedar tak? sedar tak ni?? ade satu mende yang kite slalu wat..kite harus wat.. tapi kite xdapat wat untuk Syawal kali... rasanya kite xpernah missed itu.. apakah yang cube aku sampaikan di sini?apa motif aku?

mm..bgini ceritanya....
pada suatu hari...... hari apa? hari ni la... hari apa? ini bukan iklan burung murai..
aku tak ingat jam berapa..tapi lepas maghrib tadi.. seorang rakan SPN telah menggegarkan skrin aku.. (baca : buzz).. dan pada ketika dan saat itu juga terlintas di benak aku... ahh..ada satu tradisi yang tak terlaksana pada kali ni.. hoh..saje kasik saspen..haha... yela2...aku terus terang la..aku borak ngn emi kt ym td... huhu...sidey2... korang.... kita tak pegi uma emi kan taun ni...? kite xmakan laksa johor kan? kita x konvoi ramai2 kan??...sila lupakan tentang perihal sesat.. kita xjalan2 g danga bay same2 kan pas g uma emi? kite........argghhh.... sume itu.... tiada lagi.. sangat rindu.. sape rindu angkat idung~!!! oppss...angkat tangan...

oke.tu je untuk siaran kali ni.

Salam Aidilfitri..
Maaf Zahir dan Batin

p/s : cepatla posting....~!!!!

Sunday, October 4, 2009

GEMPAR!!

Terkini Dari UPSI : TNC (A&A): Penempatan ke sekolah dibeku mulai 2010?

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.

sumber berita dari upsikini.blogspot.com

Sunday, September 27, 2009

Berita Posting

ako dapat info daripada Hairi

cuba check link nih awal oktober. lebey kurang 6 oktober 2009

http://apps.emoe.gov.my/spg/gsst/semak.cfm

atau sms

MOE GSST IC ke 15888

harap dapat memberi manfaat
l

Saturday, September 19, 2009

Selamat Menyambut Syawal

saya syawal mengucapkan selamat menyambut 1 syawal

maaf zahir dan batin

Tuesday, September 1, 2009

HOT NEWS

saya diberitahu oleh pihak atasan ( gb ) bahawa posting kita sedang dalam proses. Ini bermakna, proses penempatan akan berlaku dalam masa terdekat. semoga dapat penempatan yang anda ingini. apa2 info bgtau ek.

Wednesday, August 19, 2009

APA PENDAPAT KORANG?

mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Malaysia sepenuhnya mulai tahun 2017....

CONVO...CONGRATZ EVERYONE

citer r suka duka sewaktu konvo
pengalaman
perasaan
rasa apa2 yang nak diluahkan...

Friday, August 7, 2009

Apa Macam Interview n INSAK???

kongsi r pengalaman korang kat sini
tapi ako xde pengalaman diinterview r.hehe...

Thursday, July 23, 2009

Konvo menjelang Tiba

HAi kawan2...
apa kata kita bincang pasal konvo yang akan menjelang tiba nnt
n pasal interview
bgtau r katner
ada soalan bocor ker
hehe
all the best
jumpa nnt
tata

Thursday, July 9, 2009

PPSMI dimansuhkan 2012..

8.7.2009 tarikh keramat bagi semua warga pendidik khasnya.. PPSMI dimansuhkan pd 2012.. so, kita akn ajar sc and math dalam bm la yer..jgn mengada2 nk ajar bi..haha..

tapi kan pendapat aku,baik laksanakan terus je thn ni ke..atau thn hadapan 2010.. setiap dasar yang di tetapkan utk warga pendidik pasti ada impaknyer~ kite xterkecuali la,selalu menjadi mangsa..tpi xsemuanya kesan burok..ok gak blaja bi, dpt ckp bi lancar sikit..xgituew syawal? haha..
apa pendapat korang semua dgn keputusan kabinet utk memansuhkan PPSMI pd thn 2012?



PPSMI dimansuhkan 2012 (ehsan malaysiakini.com)

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.

Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.

Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.


Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

Monday, July 6, 2009

KONVO

sahabta2 ku sekalian....aku telah mendapat kabar dari HEP....
tarikh konvo kte 17hb... d jangka pagi...........
ok ..tu je...mklumat stakat...


note : aku rindu korang !!!!!!!!~~~~~~~~~~

Thursday, July 2, 2009

GEMPAR!!

Bekas Pelajar UTM Skudai mati masa bersalin dlm hostel

--------------------------------------------------------------------------------

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibatpendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi,bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihatsekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan,berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Diadisahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan adaunsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapayang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.

Sunday, June 14, 2009

Diari Seorang Cikgu ( sekolah rendah )

Tersebutlah kisah, satu hari ako mendaftar sebagai guru ganti menggantikan guru OKU. ajar seni, sivik and muzik. Hari pertama memang bosan giler. Hari kedua, HARI GURU. hehe... baru sehari dua ngajar dah dapat hadiah. dipendekkan citer dah lebey kurang 2 minggu mengajar. x termasuk cuti sekolah. memang x sangka ngajar subjek2 nih. ako dah r sangat "TERRER" subjek2 nih. kalo bab2 melukis, mmg burok. men alat muzik, confirm sumbang. inisiatif ako, time lukisan ako suruh budak wat lukisan, lipat2 kertas tanpa ako perlu demo.hehe.... time muzik lagi best. minggu pertama ako ajar diorang hafal lagu sekolah aja.hehe... pastuh, ako ajar bunyi di sekeliling anda.hehe... arinih ako ngajar tepuk tangan.haha....( ada ker dalam silibus?) xpe. janji ako masuk kelas. ako tanya cikgu panitia diorang x kisah sbb janji masuk kelas. yang penting ako rajin r wat lawak kat budak2. cuma time ako garang r bahaya skit. mintak2 x terpukul or rotan budak.
oklah. bagi r apa2 komen ikhlas untuk ako.hehe.....


~ syawal a.k.a Ludin spn class of 2009 ~

# ako wat post nih untuk memeriahkan blog.sapa2 nak post apa yg dia buat bgtau ako.nnt ako jadikan author jugak.

Friday, May 22, 2009

Calon untuk di Komen

liyana


jannah

asyikin

yasmah

fadhillah

emilia

mardhati


komen ek
yang +ve n kalo nak -ve pon ok aja

Wednesday, May 20, 2009

Pengumuman: No.Telefon Emi!!

kengkawan, emi telah kontek sy, dia telah tukar nombor untuk sekian kalinya.. harap dapat delete nombor dulu..

ini nombor hp. emi yang baru..: 0197752655

harap maklum yer kawan2 SPN semua..

Tuesday, May 19, 2009

BRONZE IN NRIC - USM





congratulation to soh pea ling , tang yuh jye and siti nadiah

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru!!!


Hai kawan2..selamat hari guru buat kita semua..insyaAllah kita juga bakal menjadi guru tidak lama lagi.. tahun ini tema hari guru ialah Guru Pembina Negara Bangsa..begitu gah sekali temanya.. namun apakah rasional tema ini..

· Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar.

· Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara global yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar.

· Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi sIstem pendidikan membina negara bangsa yang berjaya.

· Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.

Selamat Hari Guru dan semoga kita cepat dapat posting..insyaAllah..


Wednesday, May 13, 2009

Apa plak komen anda tentang sahabat ini?

NAMA DIBERI MOHD IZWAN YUSOF

komen tau
ako nak komen yang dasat2 aja
hehe...
jangan r puji sangat
nnt kembang plak dia

* apa2 pon tq byk2 sbb menyediakan PA untuk dinner arth

Friday, May 8, 2009

Apa pandangan anda tentang rakan anda?

Kan sini ada beberapa candidate.
korang komen r apa2 ek
ni yg first round.
hehe...

Candidate




BERNADETTE


TSUN TSUN



HARYATI


HAZIRA


HIDAYAH


JUNAINAH



SIN SAN



x pon tulis aja apa2 yang korang ingat pasal nama2 di atas. jujur n ikhlas tau.hehe

Wednesday, April 29, 2009

Apa plan masa cuti ni?


hai kawan2.. apa eh plan korang masa cuti ni.. aku dengar2 ada yang nk keje jadi cikgu sandaran la.. ada nk keje kilang la..(erk ada ke).. ada yang nk kawen la..(thniah ekin) ada yang duk kt utm ni lagi ke? macam2 lagi la kn.. em pe kata kita diskas kt sini.. apa yang kita plan nk buat masa cuti ni..


p/s: gambar-gambar di atas hanya sebagai hiasan semata-mata.

Tuesday, April 28, 2009

Hope We Meet Again



Selamat tinggal UTM
Selamat tinggal rakan2 sekalian
Semoga kita bertemu lagi sebagai seorang graduan.
Amin.
Best of luck for the future...

Monday, April 27, 2009

Tahniah kepada Para Pembentang Cemerlang



Buat rakan SPN yang bernama:

Bernadette
Hidayah
Kong Sing San
Soh Pea Ling
Nor Fadhillah
Nur Liyana
Nur Nadia
Nurul Ashikin
Siti Nadiah
Wan Ahmad Zakwan
Zaidah

tahniah atas kejayaan menjadi pembentang cemerlang.Semoga nnt jadi guru cemerlang hendaknya.Amin.

Kenangan terindah???

gambar nih ako grab dari MAMA jun nyer friendster

Sepanjang 4 tahun di UTM nih, apa kenangan terindah or apa moment yang paling korang ingat.
Post kat comment tau. Setiap org mesti ada something yang dia paling ingat.

Graduation – VITAMIN C



And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
We'd get so excited, we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels

[1] - As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come Whatever
We will still be
Friends Forever

So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Will Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels

[Repeat 1]

La, la, la, la:
Yeah, yeah, yeah
La, la, la, la:
We will still be friends forever

Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly

[Repeat 1 (3x)]

Sunday, April 26, 2009

Tahniah rakan2...


tahniah kepada semua telah habis exam
termasuk yang bakal amik Elektronik, Kimia Tak Organik dan Keselamtan Makmal nnt.
kita berjumpa lagi apakala waktu graduasi nanti.
sayonara...

"...Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir..."

attention

kawan kita saudara ruslan usman akan berkahwin pada 29 nov nnt di alor star, kedah

bley tnya apa2 kat dia

0172094126