Photobucket

nuff c

Thursday, July 9, 2009

PPSMI dimansuhkan 2012..

8.7.2009 tarikh keramat bagi semua warga pendidik khasnya.. PPSMI dimansuhkan pd 2012.. so, kita akn ajar sc and math dalam bm la yer..jgn mengada2 nk ajar bi..haha..

tapi kan pendapat aku,baik laksanakan terus je thn ni ke..atau thn hadapan 2010.. setiap dasar yang di tetapkan utk warga pendidik pasti ada impaknyer~ kite xterkecuali la,selalu menjadi mangsa..tpi xsemuanya kesan burok..ok gak blaja bi, dpt ckp bi lancar sikit..xgituew syawal? haha..
apa pendapat korang semua dgn keputusan kabinet utk memansuhkan PPSMI pd thn 2012?



PPSMI dimansuhkan 2012 (ehsan malaysiakini.com)

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.

Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.

Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.


Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

5 comments:

yat_yatie said...

bagi aku..mula2 tu aku xsetuju jugak ppsmi dimansuhkan sbb aku rasa idea DR.M ni ok gak..dia pk jauh sbb tu dia kuarkan idea pnggunaan bi dlm pnp..lagi satu..istilah sains lebih mudah difahami dlm bi,krn bila explaination dlm bi is more accurate n easy to understand.itu pendapat aku la..

tapi bila dipikir2 blik,ada baiknya guna bahasa ibunda..agak kita xlupa jatidiri kita sbg bangsa melayu..dan cdgn memantapkan bi adalah baik jugak.. lantak la korg cikgu bi..kne ajar lbih masa..haha..
sekian..~

AbDuL LuDiN said...

ajar aja dalam bm
tapi perkasakan bi
yang penting student paham apa yang diajar
buat apa kita nak susahkan stdnt paham
yang penting ilmu sampai
apa guna nampak smart n urban bley cakap bi tapi otak kosong
hehe

SHiKiN said...

ak pon mule2 x stuju.....ak ad bk bi je nak rujuk.
kene pegi beli buku rujukan bm plak hahaha...
tak kesah la. ajar je dwibahase

PuanPepel said...

haha...... sapot x sapot..... suara kita stakat ni jar.....sesuke dorg je nk tukar.... kte n student la mangsa,..huhu.......
aku stuju ngn syawal.......

Unknown said...

huhu ak siap gado dgn mak sedara ak pasal dasar baru ni...hurmmm...bila pk balik kalo ajar bi pon kena translate bm ajar jela bm..tapi tu la kerajaan kena tekankan english supaya bila di peringkat matrik n u dorg sng nk rujuk buku sbb sume buku kan dlm bi hahaha..

teruk gak kita nk kena blaja balik dlm bm kan2 heee tp tula bak kata mer n syawal ak sokong...kita la mangsa hehehe

attention

kawan kita saudara ruslan usman akan berkahwin pada 29 nov nnt di alor star, kedah

bley tnya apa2 kat dia

0172094126